Kehidupan tiga artis remaja, Diana Danielle, Suki dan Aliff Satar ketika menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bakal bermula pada 19 Mac ini akan dirakamkan dan disiarkan dalam bentuk program realiti di 8TV.
Menurut Diana Danielle, perkara itu telah pun dibincangkan oleh pihak stesen televisyen itu bersama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), namun sebarang kata putus belum lagi dibuat tapi jika ianya berlaku mungkin program itu diterbitkan sebanyak lapan episod. Program itu dirancang oleh pihak JLKN untuk memberi kesedaran kepada remaja bagaimana kehidupan sebenar di PLKN.
Diana Danielle, 18 tahun ini turut melahirkan perasaan terujanya untuk mengikuti sesi PLKN kali ini setelah selasai penggambaran filem Magika untuk menyertai PLKN selama tiga bulan. Sebelum ini, Diana Danielle pernah tersenarai sebagai peserta PLKN pada sesi pertama program itu, Disember lalu. Tetapi Diana Danielle memohon untuk membuat penangguhan kerana terikat dengan jadual seni. Aliff dan Suki juga pernah tersenarai dalam sesi PLKN sebelum ini, namun mengutarakan alasan yang sama dan turut meminta penangguhan.
0 comments:
Post a Comment